Selasa, 18 Mac 2014

SEJADAH / PERMAIDANI PANJANG

Assalamualaikum W.B.T.
 
Makluman kepada semua.
 
AJK Surau dalam mesyuarat SSA pada Januari 2014 telah meluluskan untuk melancarkan tabung derma SSA bagi membeli sejadah/permaidani panjang berkualiti tinggi untuk keselesaan para jemaah. Dengan jumlah peruntukan yang terhad, sebanyak 6 keping telah dibeli, di mana 6 keping tersebut hanyalah untuk 3 saf/barisan pertama sahaja. Pihak AJK melihat, keperluan utama adalah untuk 7 saf/barisan lagi, dimana 14 keping lagi sejadah harus ditambah.
  
Oleh yang demikian, pihak AJK SSA memohon kepada semua warga kerja UniKL MIAT yang bermurah hati untuk mewaqafkan pembelian sejadah/permaidani tersebut. Untuk makluman semua, kos bagi sekeping sejadah/permaidani itu berharga RM 600.
 
Sumbangan bolehlah dibuat kepada AJK SSA:
 
1)  Mohammad Amin Bin Sabri
2)  Muhd Zulfadhli Bin Muhd Zaini
3)  Sabarina Binti Abd Hamid
4)  Atau mana-mana AJK SSA
 
ATAU
 
Memasukkan sumbangan kedalam akaun SSA diatas nama TETUAN SURAU SAIDINA ALI - 05058010005779 bagi tujuan waqaf khusus bagi pembelian sejadah/permaidani panjang itu.
 
AJK SSA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang ingin menderma dan segala sumbangan yang diberikan. Mudah mudahan waqaf kita diterima ALLAH dan ianya menjadi modal yang memberi pahala berpanjangan selepas kematian.
 
Terima Kasih.



SEMOGA SEDEKAH DAN WAKAF KITA INI DITERIMA ALLAH DAN MENJADI BEKALAN DI ALAM AKHIRAT. 

PROGRAM LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM AT-TAQWA

LAPORAN PROGRAM LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM AT-TAQWA


1.0   MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh                  : 16 Februari 2014
Tempat                : Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Puchong , Selangor
Anjuran               : Penghuni Aspuri UniKL MIAT Dengan kerjasama Surau Saidina Ali & ASHAB
Peserta                : 45 orang pelajar dan 4 orang kakitangan


2.0   PENGISIAN PROGRAM

1.35 pm                : Tiba di tempat program dan solat fardhu zuhur
2.30 pm                : Ice Breaking
3.00 pm                : Pembahagian tugas untuk membersihkan kawasan rumah, menggosok     
                                pakaian anak-anak, memeriksa kerja sekolah & membersihkan stor
4.00 pm                : Sambutan Hari Jadi anak-anak Rumah Anak Yatim At-Taqwa
5.00 pm                : Selesai tugasan, jamuan dan solat asar
6.00 pm                : Bergerak untuk pulang.


3.0   HASIL PROGRAM

a.       Dapat merapatkan sillaturrahim antara peserta dan anak-anak yatim.

b.       Menerapkan rasa simpati,kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik.

c.       Mengembirakan golongan anak-anak yatim yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan.

d.     Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian
       terhadap golongan kurang bernasib baik


4.0   PENUTUP

Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang digariskan.




LAMPIRAN : Gambar Aktiviti