Isnin, 3 November 2014

Khamis, 11 September 2014

IBADAH KORBAN 2014





    Bersempena Hari Raya Aidil Adha 2014M/1435H yang bakal menjelang tiba, pihak AJK Surau Saidina Ali telah merancang untuk menganjurkan Program Ibadah Qurban yang akan diadakan pada 7 Oktober 2014 bersamaan 12 Zulhijjah 1435H (Selasa)


   Harga korban untuk satu bahagian seekor lembu ditetapkan sebanyak RM480.00.

Kepada mereka yang berhajat untuk menyertai Program Ibadah Qurban tersebut, bolehlah mengisi borang yang disediakan di Kaunter Pertanyaan MIAT (meja Kak Yong).

   Peserta yang ingin menyertai program ini, mereka juga perlu menuliskan nama di lampiran yang akan disediakan berhampiran dengan tempat mesin rekod kedatangan.

Semoga mendapat keberkatan diatas Ibadah yang kita lakukan.

Sekian, Terima kasih
Khutbah Solat Jumaat pada 12 September 2014. Sila klik pada pautan di bawah.


Teks Khutbah Rumi

Tajuk : “LAMBAIAN HAJI DAN TARBIAH ILAHIYYAH”






WAKAF PERMAIDANI

Assalamualaikum W.B.T.
 
AJK Surau dalam mesyuarat SSA pada 5 September 2014 telah meluluskan untuk melancarkan tabung derma SSA bagi membeli sejadah/permaidani panjang yang berkualiti tinggi untuk keselesaan para jemaah. Dengan jumlah peruntukan yang terhad, sebanyak 6 keping telah dibeli, di mana 6 keping tersebut hanyalah untuk 3 saf/barisan pertama sahaja. Pihak AJK melihat, keperluan utama adalah untuk 7 saf/barisan lagi, dimana 14 keping lagi sejadah harus ditambah.
 
 
Oleh yang demikian, pihak AJK SSA memohon kepada semua warga kerja UniKL MIAT yang bermurah hati untuk mewaqafkan pembelian sejadah/permaidani tersebut. Untuk makluman semua, kos bagi sekeping sejadah/permaidani itu berharga RM 600.
 
Sumbangan bolehlah dibuat kepada AJK SSA:
 
1)    Mohammad Amin Bin Sabri
2)    Muhd Zulfadhli Bin Muhd Zaini
3)    Sabarina Binti Abd Hamid
4)    Atau mana-mana AJK SSA
 
ATAU  memasukkan kedalam akaun SSA di atas nama TETUAN SURAU SAIDINA ALI – 05058010005779 (BIMB)  bagi tujuan waqaf khusus bagi pembelian sejadah/permaidani panjang itu.
 
AJK SSA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang ingin menderma dan segala sumbangan yang diberikan. Mudah mudahan waqaf kita diterima ALLAH dan ianya menjadi modal yang memberi pahala berpanjangan selepas kematian.
 
Terima Kasih.

Khamis, 14 Ogos 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

  Majlis ini untuk meraikan AJK kakitangan dan pelajar yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan dan kerja yang telah diamanahkan kepada mereka dan penyerahan sijil kepada AJK yang telah tamat kontrak perkhidmatan dan perlantikkan AJK baru.

Pengerusi memberikan ucapannya.


AJK Pelajar Lelaki dan perempuan


Persembahan nyanyian Nasyid oleh AJK pelajar


Senyum Sokmo..