Assalamualaikum W.B.T.
AJK Surau dalam mesyuarat SSA pada 5 September 2014 telah meluluskan untuk melancarkan tabung derma SSA bagi membeli sejadah/permaidani panjang yang berkualiti tinggi untuk keselesaan para jemaah. Dengan jumlah peruntukan yang terhad, sebanyak 6 keping telah dibeli, di mana 6 keping tersebut hanyalah untuk 3 saf/barisan pertama sahaja. Pihak AJK melihat, keperluan utama adalah untuk 7 saf/barisan lagi, dimana 14 keping lagi sejadah harus ditambah.
Oleh yang demikian, pihak AJK SSA memohon kepada semua warga kerja UniKL MIAT yang bermurah hati untuk mewaqafkan pembelian sejadah/permaidani tersebut. Untuk makluman semua, kos bagi sekeping sejadah/permaidani itu berharga RM 600.
Sumbangan bolehlah dibuat kepada AJK SSA:
1) Mohammad Amin Bin Sabri
2) Muhd Zulfadhli Bin Muhd Zaini
3) Sabarina Binti Abd Hamid
4) Atau mana-mana AJK SSA
ATAU memasukkan kedalam akaun SSA di atas nama TETUAN SURAU SAIDINA ALI – 05058010005779 (BIMB) bagi tujuan waqaf khusus bagi pembelian sejadah/permaidani panjang itu.
AJK SSA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang ingin menderma dan segala sumbangan yang diberikan. Mudah mudahan waqaf kita diterima ALLAH dan ianya menjadi modal yang memberi pahala berpanjangan selepas kematian.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan