Khamis, 11 September 2014

IBADAH KORBAN 2014





    Bersempena Hari Raya Aidil Adha 2014M/1435H yang bakal menjelang tiba, pihak AJK Surau Saidina Ali telah merancang untuk menganjurkan Program Ibadah Qurban yang akan diadakan pada 7 Oktober 2014 bersamaan 12 Zulhijjah 1435H (Selasa)


   Harga korban untuk satu bahagian seekor lembu ditetapkan sebanyak RM480.00.

Kepada mereka yang berhajat untuk menyertai Program Ibadah Qurban tersebut, bolehlah mengisi borang yang disediakan di Kaunter Pertanyaan MIAT (meja Kak Yong).

   Peserta yang ingin menyertai program ini, mereka juga perlu menuliskan nama di lampiran yang akan disediakan berhampiran dengan tempat mesin rekod kedatangan.

Semoga mendapat keberkatan diatas Ibadah yang kita lakukan.

Sekian, Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan